Thursday, November 25, 2010

PENYEDIAAN ALAT BANTU MENGAJAR BAGI PELAJAR TAHUN 2 ( TOPIK : ISIPADU CECAIR )


FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
________________________________________________

HBMT 2103 
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO

TITLE
ALAT BANTU MENGAJAR PELAJAR TAHUN 2
(ISIPADU CECAIR) 

___________________________________________________

NAMA 
FATIMAWATI BINTI HJ MOHAMAD


NO KAD PENGENALAN
690408-01-5574


NO TELEFON
012-7200244


EMAIL ADDRESS
shahatijhj64@yahoo.com

 NAMA PENSYARAH
ENCIK MUHAMAD BIN BASAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


 SEMESTER 5 KDP- OUM 2010
_________________________________________________

PENYEDIAAN ALAT BANTU MENGAJAR PELAJAR TAHUN 2 


PENGENALAN

         Pengajaran matematik merupakan satu pendekatan sistematik yang perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses perkembangan ilmu pengetahuan melalui pelbagai pengkaedahan yang sesuai bagi pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah dalam melaksanakan matlamat kurikulum Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan insaniah. Pembahruan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM iaitu mengubal kurikulum yang bersepadu iaitu KBSR.

        Trend pedagogi KBSR untuk pengajaran dan pembelajaran ketika ini tidak lagi terhad dengan penggunaan buku teks, papan hitam, dan kapur tulis sahaja (Norr Azlan Ahmad Zanzali, 2000). Penekanan telah dibuat terhadap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan para guru matematik supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Ianya lebih kepada alat bantu mengajar yang interaktif bagi menarik minat pelajar dalam matematik masa kini. 


ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

         Alat Bantu mengajar merupakan strategi atau alat yang digunakan oleh guru matematik dalam melaksanakan pedagogi di dalam bilik darjah. Alat bantu mengajar (ABM) bertujuan bagi memudahkan guru matematik menerangkan konsep pemahaman matematik dalam sesuatu topik yang lebih berkesan. Kebiasaannya, guru akan memilih alat bantu mengajar yang mudah dan menyeronokkan para pelajar. Perkara ini bagi menarik minat pelajar dalam menguasai dan menerokai pemahaman ilmu matematik tersebut di dalam bilik darjah.

         Contoh alat bantu bantu mengajar (ABM) yang sering digunakan oleh guru khususnya guru Matematik adalah seperti penggunaan komputer, aktiviti berkumpulan dengan mengadakan eksperimen dan pengajaran dengan mengaplikasikan alat-alat matematik untuk pelajar mendalami dengan lebih jelas.


MASALAH KAJIAN

       Pelbagai isu timbul dalam usaha meningkatkan pencapaian dan pemahaman pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan konsep matematik dengan jelas. Para pelajar menghadapi pelbagai masalah iaitu lemahnya konsep asas dalam matematik. Fenomena ini perlu diatasi bagi membendung masalah ini daripada terus wujud. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan perlu dilaksanakan daripada peringkat rendah lagi.

        Kajian menfokuskan kepada pelajar Tahun 2 dalam topik Isipadu Cecair. Isu yang sering timbul dalam topik ini adalah pelajar tidak berkebolehan dan berkemahiran dalam menyalahtafsirkan nilai isian cecair tersebut. Malah, pelajar turut tidak berkebolehan untuk membezakan muatan di anatara dua bekas. Para pelaar lebih cenderung dan terpengaruh dengan faktor ketinggian bekas tersebut berbanding isipadu ceciar yang terkandung di dalam bekas. Oleh itu, alat bantu mengajar (ABM) disarankan agar membantu dalam memperkembangkan dan meransangkan pemikiran pelajar terhadap topik Isipadu Cecair di kalangan pelajar Tahun 2. 

        Berikut merupakan satu contoh alat bantu mengajar iaitu video mengenai topik Isipadu Cecair yang sesuai untuk Tahun 2.






CONTOH ALAT BANTU MENGAJAR

       Berdasarkan buku teks Matematik Tahun 2, kurikulum matematik telah menetapkan kepada empat hasil pembelajaran ( learning outcome) dalam topik Isipadu Cecair. Penyemakan hasil pembelajaran bagi topik yang ingin disampaikan memainkan peranan yang penting sebelum menyediakan alat bantu menagajar yang sesuai. Perkara ini perlu dititikberatkan agar mencapai keseluruhan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan di akhir pembelajaran di dalam bilik darjah.

        Kajian telah menyediakan dua contoh alat bantu menjagar bagi topik Isipadu cecair selaras dengan hasil pembelajaran di dalam buku teks. Penyediaan alat bantu mengajar yang disediakan turut dapat melatih pelajar untuk berfikiran secara kreatif terhadap konsep matematik yang bakali dipelajari di dalam bilik darjah. Penerangan dengan lebih lanjut akan diterangakan pada keterangan seterusnya.


1 ) ABM  pertama

          ABM yang pertama yang dicadangkan adalah sejajar dengan subtopik yang pertama hingga ketiga iaitu " I can use words related to volume of liquid", " I can compare volumes of liquid" dan " I can measure volume of liquid". Guru dikehendaki menunjukkan bekas yang dijadikan contoh sebagai bekas untuk menyukat isipadu cecair seperti gambar di bawah :



         Guru menerangkan bahawa isipadu cecair tidak akan wujud sekiranya bekas yang ditunjukkan kosong dan tidak berisi cecair. Oleh itu, pelajar akan memahami dengan betul tentang maksud istilah Isipadu cecair dan istilah bekas yang kosong . Seterusnya guru perlu menunjukkan istilah isipadu cecair yang dimaksudkan seperti dalam gambar di bawah :



        Guru menerangkan bahawa bekas yang berisi cecair seperti ini adalah penuh. Guru menerangkan lagi dengan istilah separuh penuh seperti dalam gambar  dibawah :


          Teori behavioris menjelaskan bahawa pelajar lebih mudah mempelajari sesuatu berdasarkan tingkah laku. Alat bantu mengajar yang pertama ini berhubungkait dengan teori behavioris apabila pelajar melihat sendiri bekas seperti yang ditunjukkan dalam gambar oleh guru di dalam bilik darjah. Pelajar melibatkan pancaindera penglihatan mereka ketika melihat perlakuan guru di dalam bilik darjah. Oleh itu, pelajar akan memahami istilah yang terdapat di dalam buku teks iaitu "Isipadu cecair", "bekas kosong", "bekas penuh" dan "bekas separuh penuh".

           Seterusnya untuk subtopik yang seterusnya, guru perlu mengambil contoh seperti sebelumnya . Guru menyediakan dua botol dan menerangkan setiap satu bagi pelajar membezakan bekas mana yang lebih isipadu cecair dalamnya seperti dalam gambar berikut :


Isipadu Bekas A dan Isipadu Bekas B sama


Isipadu Bekas A lebih daripada Isipadu Bekas B


Isipadu Bekas A kurang daripada bekas B


2) ABM kedua


         Sejajar dengan topik yang telah disediakan di dalam buku teks iaitu " I can measure volume of liquid in litres", alat bantu mengajar yang seterusnya memerlukan kebolehan kemahiran pelajar dalam menyukat isipadu cecair. Guru menyediakan dua bekas iaitu Jug, botol dan cawan. Guru membezakan isipadu jug dan botol dengan menganggap satu cawan tersebut mewakili 1 liter seperti dalam gambar


 

Isipadu Jug  memerlukan 6 cawan bersamaan dengan 6 Liter


Isipadu botol hanya memerlukan 3 cawan bersamaan dengan 3 Liter.


AKTIVITI PELAJAR 


1) PELAJAR LEMAH


       Guru melibatkan alat bantu mengajar yang memerlukan pelajar bekerja di dalam kumpulan. Guru membahagikan kepada beberapa kumpulan di dalam kelas. Guru turut menyediakan bahan-bahan seperti:

1. Kad manila
2. Pensil Warna / Marker Pen

         Pelajar dikehendaki melukis semula bekas bagi membezakan istilah " Kosong ", " Penuh", " Separuh penuh" bagi setiap contoh yang telah diberikan. Istilah tersebut hendaklah ditentukan oleh pelajar sendiri  dan ditulis seperti dalam rajah. Pelajar dikehendaki mewarnakan paras air bagi menunjukkan setiap istilah tersebut seperti dalam gambar








2) PELAJAR BERPRESTASI TINGGI (HIGH ACHIEVERS)

         Guru menyediakan satu aktiviti yang melibatkan alat bantu mengajar yang seterusnya. Guru mengarahkan pelajar untuk melaksanakan aktiviti menyukat isipadu cecair dengan unit literiaitu  menggunakan eksperimen dan pelajar dikehendaki melukis semula ke dalam kad manila untuk di bentangkan di dalam bilik darjah. 

        Pelajar Tahun 2 ini juga dilatih menggunakan aktiviti yang melibatkan pengutaraan masalah (problem posing). Problem posing ini merupakan satu aktiviti yang memerlukan pelajar membina masalah berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.

         Seterusnya, pelajar dikehendaki menyukat, membezakan dan membina satu cerita yang berkaitan dan hasil cerita direkodkan dan dibentangkan dalam kad manila. Hasil mendapati pelajar dapat melaksanakan aktiviti ini. Buktinya di tunjukkan dalam gambar di bawah :







KESIMPULAN


       Guru berperanan penting dalam melaksanakan alat bantu mengajar bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap matematik. Penggunaan alat bantu mengajar turut memudahkan guru untuk menerangkan sesuatu kepada pelajar agar mereka lebih faham dengan lebih jelas.

       Kesimpulannya, ABM perlu diperluaskan agar menjadikan subjek matematik tidak membosankan dan mencapai matlamat kurikulum yang telah ditetapkan iaitu melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif.

No comments: